Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kari Ayam Malaysia Dinobatkan Stew Terbaik Dunia 2025

kari ayam malaysia dinobatkan stew terbaik dunia 2025Foto: Tokopedia

Asia Tenggara sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila Kari Ayam Malaysia menduduki tangga teratas dalam senarai TasteAtlas Ranking 2025 sebagai stew terbaik dunia, memperoleh penarafan tertinggi 4.7.

Advertisement

Hidangan ikonik ini dikenali dengan gabungan sempurna santan lemak, rempah kari harum dan ayam yang dimasak lembut, menjadikannya simbol kehangatan serta keselesaan masakan rumah Malaysia. Kejayaan ini bukan sahaja mengangkat nama Malaysia di persada kulinari global, tetapi turut membuktikan keunikan cita rasa tempatan yang digemari di seluruh dunia.

Mengiringi Malaysia di tangga teratas ialah Phanaeng Curry dari Thailand dan Dzhash dari Uzbekistan, masing-masing dengan skor 4.6.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Seasia Stats (@seasia.stats)

 

Namun, dominasi Asia Tenggara jelas ketara apabila beberapa hidangan rantau ini turut tersenarai dalam 10 terbaik dunia  termasuk Rendang dan Gulai dari Indonesia serta Massaman Curry dari Thailand.

Senarai tahun ini memperlihatkan bahawa Asia Tenggara, khususnya Malaysia, terus menjadi kuasa besar dalam dunia kulinari dengan hidangan yang bukan sahaja menggamit selera, tetapi juga membawa kisah warisan dan identiti budaya ke seluruh dunia.

Sumber: Instagram Seasia Stats

ERA Muzik Hit Terkini