Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tahniah Katy Perry Dan Tunangnya, Orlando Bloom Bakal Timang Anak Perempuan

Selepas sebulan pasangan ini mengumumkan berita kehamilan mereka, akhirnya Katy Perry dan tunangnya Orlando Bloom dedahkan bakal timang anak perempuan.

tahniah katy perry dan tunangnya, orlando bloom bakal timang anak perempuan

Advertisement

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Perry menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Disebabkan pengumuman itu, rakan selebritinya yang lain seperti Dua Lipa, Rita Ora dan Rachel Zoe menitipkan ucapan tahniah kepada mereka.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

💕 it’s a girl 💕

A post shared by KATY PERRY (@katyperry) on

Terdahulu, Perry dan Bloom pernah mengumumkan kehamilan ini dalam muzik video terbaru Perry berjudul Never Worn White.

Perry dilihat mengenakan sepersalinan gaun putih dengan menunjukkan perutnya yang jelas membesar.

tahniah katy perry dan tunangnya, orlando bloom bakal timang anak perempuan

Pasangan ini juga telah mengikat tali pertunangan pada 14 Februari 2019 selepas tiga tahun mereka bercinta.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini