Skip to main content

Advertisement

Hiburan

K-Clique Tercalon Artis Asia Tenggara Terbaik MTV EMA 2020

Kumpulan hip hop, K-Clique melakar pencapaian luar biasa apabila mereka tercalon dalam Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020).

k-clique tercalon artis asia tenggara terbaik mtv ema 2020

Advertisement

Pencalonan kumpulan yang dianggotai Somean, Noki, MK, Tuju, KDeaf, Gnello, FareedPF dan NastyNas ini sekalihus membanggakan nama negara.

Memetik laporan dari Metro, Somean berkata mereka juga sama sekali tidak menyangka dicalonkan dalam anugerah berprestij itu, namun turut meletakkan harapan untuk menang dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik pada anugerah berkenaan.

Pencalonan dalam kategori ini meletakkan K-Clique sebaris dengan Agnez Mo dari Indonesia, Ben & Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam).

Tarikh undian bagi MTV EMA 2020 telah pun berakhir kelmarin selepas dilangsungkan sejak awal Oktober lalu.

Sebelum ini, penyanyi rap negara, Joe Flizzow menjadi penyanyi sulung dari Malaysia yang memenangi trofi Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018.

Sumber dari Metro

ERA Muzik Hit Terkini