Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jarang Post Gambar Bersama Bukan Kayu Ukur Kebahagiaan Farid Kamil dan Diana Danielle

jarang post gambar bersama bukan kayu ukur kebahagiaan farid kamil dan diana danielle

Sumber: Astro Gempak

Advertisement

Jarang muat naik gambar bersama, pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle sering dilanda gosip mengatakan rumah tangga mereka berantakan. Sedangkan pasangan ini tetap bersama bahagia bersama anak-anak mereka. 

Menurut Farid Kamil, media sosial bukanlah kayu ukur kebahagiannya dan juga isteri. 

“Pada saya mereka hanya memberikan pandangan mereka, apa sahaja yang mereka ingin komen itu adalah hak mereka.
 
"Saya tidak mahu menjadikan Instagram itu sebagai penanda aras kebahagiaan rumah tangga saya.
 
"Jadi saya akan muat naik apa yang saya rasa nak ‘post’ dan posting itu bukan bertujuan untuk membukti sesuatu kepada orang lain.
 
 "Alhamdulillah kami bahagia, tidak ada masalah kritikal cuma perkara kecil-kecil itu biasalah, sebagai suami isteri perkara itu normal,” katanya kepada Astro Gempak. 

Jika melihat pada Instagram Farid Kamil banyak sahaja gambarnya bersama Diana dan juga anak-anak yang setia menemaninya jika bermain polo dan bola sepak. 

 

Good weather, good time

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

 

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz) on


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

jarang post gambar bersama bukan kayu ukur kebahagiaan farid kamil dan diana danielle

ERA Muzik Hit Terkini