Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bekas Kekasih Pernah Gunting Baju Dan Bakar Kasut, Kecik Trauma Bercinta

Kecik Ogie, yang kini merupakan vokalis baru kumpulan Kristal mendedahkan yang beliau kini trauma untuk kembali bercinta selepas mengalami episod hitam dalam percintaannya yang terdahulu.

bekas kekasih pernah gunting baju dan bakar kasut, kecik trauma bercinta

Penyanyi berusia 24 tahun itu pernah di dakwa atas tuduhan memukul bekas kekasihnya sekitar Mac tahun lalu dan menurut laporan Gempak, Kecik mendakwa ia adalah tidak benar sama sekali.

Advertisement

"Setelah ada masalah sebelum ini, saya memang sudah tak bercinta dengan sesiapa sampai sekarang. Trauma sikit!

"Apabila saya bercerita pada orang ramai saya sebenarnya kena pukul, semua tak percaya. Semua ingat saya yang pukul dia.

"Ketika membaca laporan perubatan, doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan dalaman. Macam mana dia cedera sedangkan saya tak sentuh dia pun?"
dedah Kecik.

Malah, dia punyai saksi untuk mengesahkan kejadian berkenaan termasuk kisah terdahulu wanita terbabit.

"Sebelum saya pun, dia pernah bercinta dengan seorang artis lain. Khabarnya juga ada masalah dan pernah ada kes.

"Bayangkan sepanjang bersama dia, pakaian saya pernah kena gunting dan kasut kena bakar. 

"Nak bergambar dengan orang lain pun ada masalah,"
tambahnya.

bekas kekasih pernah gunting baju dan bakar kasut, kecik trauma bercinta

Menurut laporan media tahun lalu, Kecik dikenakan kompaun sebanyak RM200 atas dakwaan mencederakan teman wanitanya. Kecik pada ketika itu mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas wanita terbabit pada 12 Mac 2017.

Sumber: Astro Gempak

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini