Meskipun terkenal dengan kebolehan memasak, chef selebriti negara, Datuk Fazley Yaakob mengakui bahawa makanan yang dijual oleh peniaga tepi jalan ada kalanya jauh lebih sedap daripada yang dijual di restoran hebat.

Menurut Fazley, walaupun ada segelintir pihak yang meragui tentang status kebersihan gerai tepi jalan ini, beliau tetap menghormati peniaga-peniaga ini kerana gigih menyediakan makanan yang sedap.
Advertisement
“Walaupun ada segelintir pihak sering nyatakan jangan beli makanan di tepi jalan kerana biasanya ia kurang bersih. Tetapi saya tetap menghormati peniaga-peniaga gigih ini.
“Banyak dah saya cuba di mana ada kalanya makanan mereka jauh lebih sedap daripada restoran-restoran hebat.”, ujarnya menerusi satu hantaran dilaman Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat beliau dan turut mencadangkan beberapa kedai makan yang menarik ditempat mereka.