Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bunkface, Caprice, Datuk Jeffrydin Bergabung Dalam Satu Lagu

bunkface, caprice, datuk jeffrydin bergabung dalam satu lagu

Instagram Bunkface

Advertisement

Agak lama Bunkface tak tampil dengan lagu baru. Dan baru-baru ini Sam ada memperdengarkan single terbaru mereka. Dan paling menarik single mereka kali ini akan bergabung dengan penyanyi rap, Caprice dan juga penyanyi lejen Datuk Jeffrydin.

 

#APTB

A post shared by Shamsul Annuar (@sambunkface) on

Wow! Tak sabarnya nak tunggu. Bayangkan elemen rap, dan pop bersatu lepas tu dua generasi bergabung, mesti epic gila. Buat masa sekarang lagu yang ditulis oleh Sam bertajuk ‘Apa Pun Tak Boleh’ itu masih belum diceritakan sepenuhnya. Sengaja mereka simpan agar peminat mereka tertanya-tanya.

Masih belum ada tarikh tetap untuk dilancarkan tapi Sam berkata mereka mahu lancarkan single tersebut selepas PRU kelak.

Sumber: Berita Harian

ERA Muzik Hit Terkini