Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kemenangan Daesang ALLDAY PROJECT Cetus Kontroversi, Netizen Dakwa Annie Moon Guna ‘Kabel’

kemenangan daesang allday project cetus kontroversi, netizen dakwa annie moon guna ‘kabel’Foto: Instagram

Kumpulan K-Pop, ALLDAY PROJECT mencuri perhatian ramai selepas memenangi Daesang pertama mereka, Grand Honor’s Choice, di Korea Grand Music Awards pada 14 November 2025, hanya 144 hari selepas debut. Kemenangan ini dianggap pencapaian luar biasa bagi kumpulan yang masih baru, namun ia turut menimbulkan kontroversi dalam kalangan peminat.

Advertisement

Ramai yang menuding jari kepada Annie Moon, salah seorang ahli kumpulan tersebut yang merupakan cicit pengasas Samsung, dan mendakwa kemenangan ADP tidak sepenuhnya berdasarkan bakat, sebaliknya dipengaruhi oleh latar belakang keluarganya.

 

@stuckinalimbo “this one as well??” #adp #alldayproject #viral #fyp ♬ Angel - Massive Attack

 

Kontroversi ini semakin hangat selepas satu klip video tular di TikTok dan X menunjukkan ahli kumpulan lain, Tarzzan, Bailey, Woochan dan Youngseo dilihat  berpaling serentak ke arah Annie ketika kemenangan diumumkan. Pergerakan serentak itu dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tanda kemenangan yang telah ‘diatur’ terlebih dahulu.

Walaupun ADP telah mencatat kejayaan menerusi lagu debut mereka, termasuk lagu ‘Famous’ yang mendapat sambutan baik, dakwaan ini menimbulkan persoalan sama ada kejayaan mereka benar-benar hasil daripada usaha keras dan bakat, atau lebih kepada pengaruh keluarga Annie dalam industri hiburan.

Kontroversi ini menimbulkan perdebatan hangat di kalangan peminat K-pop, dengan sesetengah pihak menganggap kemenangan ADP sebagai pencapaian luar biasa bagi kumpulan baru, manakala yang lain meragui integriti pemilihan hadiah utama tersebut.

Kesemua ini menunjukkan betapa kompetitif dan penuh kontroversi dunia hiburan Korea, terutamanya dalam kategori bergengsi seperti Daesang.

Walaupun begitu, kemenangan ALLDAY PROJECT tetap menjadi titik perhatian ramai, dan nama kumpulan ini kini semakin dikenali bukan sahaja kerana muzik mereka, tetapi juga kerana kontroversi yang mengiringi pencapaian awal mereka.

Sumber: X

ERA Muzik Hit Terkini