Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Neural Sync’ dan ‘Hate-Bonding’ Buatkan Kita dan Bestie Bencikan Perkara Yang Sama!

‘neural sync’ dan ‘hate-bonding’ buatkan kita dan bestie bencikan perkara yang sama!

Foto Hiasan

Advertisement

Menurut satu kajian oleh Universiti Oklahoma dan Texas, persahabatan rapat sering terjalin menerusi kebencian bersama terhadap individu atau perkara tertentu, lebih pantas daripada perkongsian minat yang positif. Teori ini dikenali sebagai ‘interpersonal chemistry through negativity’.

Gosip negatif membentuk ikatan ‘kita’ melawan ‘mereka’, dan apabila kita meluahkan kebencian yang sama, ia mencipta semangat kekitaan yang kuat. Selain itu, ia membuktikan kepercayaan spontan di mana berkongsi rasa tidak suka terhadap pihak ketiga merupakan cara cepat membina keintiman dan kefahaman antara satu sama lain.

Dalam satu komen Reddit, terkenal sebuah kisah:

“It means you have everything out in the open … friendship from a fist fight …”

Ini turut menimbulkan pandangan bahawa apabila kita menghadapi konflik dan cuba untuk menyelesaikannya secara jujur, ia mengukuhkan kepercayaan dan keikhlasan dalam hubungan.

Kajian lain mendapati, pepatah klasik terkenal ‘birds of a feather flock together’ amat relevan kerana kita cenderung membentuk ikatan dengan mereka yang sebaya atau hamper sebaya, latar belakang, minat dan mentaliti. Ini termasuklah kecenderungan genetik dan corak neural yang sama.

‘neural sync’ dan ‘hate-bonding’ buatkan kita dan bestie bencikan perkara yang sama!

Foto Hiasan

 Keakraban yang berkongsi kebencian membawa elemen kekitaan yang kuat dan semangat ‘kita perlu lawan mereka!’ menjadi motivasi utuh.

 Sementara itu, persahabatan atas asas minat yang positif (seperti hobi, minat profesional) juga kuat, namun ia sering berkembang lebih perlahan dan stabil.

Kebencian bersama boleh menjadi pintu masuk kepada persahabatan rapat, kerana ia memupuk kepercayaan melalui pengalaman emosi bersama. Namun, untuk menjaga kekuatan hubungan itu, kita juga perlu menjamin keseimbangan emosi positif seperti minat bersama, nilai hidup dan kesetiaan.

‘Hate-bonding’ memberi lonjakan awal yang hebat, tetapi untuk kekal bertahan, hubungan harus diperkukuh dengan pengalaman positif, saling menghargai dan kepercayaan mendalam.

Sumber: Instagram (@yourtango)

ERA Muzik Hit Terkini