Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lepas Menang Artis Baru Popular Tahun Lepas, Kenapa Kerjaya Sweet Qismina Slow?

Pelakon, Sweet Qismina, pernah menang trofi Artis Baru Wanita Popular dalam sebuah anugerah tahun lalu, namun kerjayanya sebagai pelakon tahun ini selepas menggondol anugerah itu dlihat semakin perlahan.

lepas menang artis baru popular tahun lepas, kenapa kerjaya sweet qismina slow?

Advertisement

Mengakui perkara tersebut, Sweet Qismina mempunyai alasan tersendiri untuk tidak terlalu aktif dalam dunia lakonan.

"Saya masih belajar dalam jurusan Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) di peringkat ijazah sarjana muda. Saya tidak betul-betul aktif kerana membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya.

"Selepas ramai orang ingat saya berehat, kini saya menangguhkan pengajian selama satu semester dan menumpukan perhatian sebentar terhadap beberapa projek yang memerlukan komitmen dalam jangka masa panjang.

lepas menang artis baru popular tahun lepas, kenapa kerjaya sweet qismina slow?

"Saya sayangkan pelajaran tetapi saya juga tidak mahu terus melupakan minat dalam bidang lakonan. Saya mencuba untuk membahagikan masa sebaik mungkin," katanya seperti yang dipetik dari Gempak.


Bagi pelakon ini, pelajaran tetap penting dan beliau harus menghabiskan pelajarannya walaupun terlibat dalam pengambaran.

Sumber: Gempak

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini