Foto: Instagram
Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung mengarahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap individu atau kumpulan yang terlibat dalam penyebaran ucapan kebencian dan maklumat palsu tanpa sebarang kelewatan.
Advertisement
Dalam mesyuarat kabinet yang diadakan baru-baru ini, Lee menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil bagi mengekang peningkatan budaya kebencian yang semakin menular dalam masyarakat, khususnya terhadap kaum dan warganegara asing.
“Ucapan kebencian tidak boleh lagi dibiarkan berleluasa. Ia bukan sahaja mencetuskan perpecahan sosial, malah mengancam keamanan dan nilai kemanusiaan negara,” katanya dalam kenyataan itu.
South Korea’s President has declared that spreading hate speech and misinformation on social media will be treated as a serious crime that goes beyond the limits of free expression.
— Pop Core (@TheePopCore) November 12, 2025
— Authorities will take firm action to protect their people, including artists, and uphold… pic.twitter.com/vT9bFgTlTH
Lee turut menekankan bahawa dalam era digital masa kini, penyebaran maklumat palsu dan mesej berunsur diskriminasi di media sosial perlu ditangani dengan pantas dan berkesan kerana ia mampu mempengaruhi kestabilan politik serta keharmonian masyarakat.
Beliau menggesa agensi kerajaan untuk menambah baik perundangan sedia ada agar tindakan terhadap kes seumpama itu dapat dilaksanakan tanpa penangguhan. Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan Korea Selatan memperkukuh undang-undang serta memastikan keselamatan dan kesamarataan setiap rakyat terus terjamin.
Sumber: Anadolu Ajansi