Foto: Tangkapan skrin layar
Kereta sedan keluaran Malaysia, Perodua Bezza, kini menarik perhatian antarabangsa apabila model itu dilaporkan digunakan sebagai kenderaan rasmi pasukan polis di Papua New Guinea.
Advertisement
Menerusi beberapa gambar yang tular di platform media sosial, kelihatan beberapa unit Bezza berwarna putih dilengkapi pelekat serta lampu kecemasan polis di bahagian bumbung, dipercayai digunakan oleh Royal Papua New Guinea Constabulary (RPNGC) bagi tugasan rondaan harian.
Model Bezza versi eksport itu dipilih atas beberapa kelebihan utama seperti penjimatan minyak, ketahanan jangka panjang serta kos penyelenggaraan yang rendah, faktor penting bagi operasi polis di lapangan.
Perkembangan ini turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia. Ramai yang berbangga kerana jenama tempatan mampu menembusi pasaran luar dan diiktiraf oleh agensi penguat kuasa antarabangsa.
Seorang pengguna platform X berseloroh, “Daripada kereta Grab, sekarang dah jadi kereta polis. Memang hebat Bezza ni!”
Sumber: TikTok