Pelakon popular, Emma Maembong dilaporkan bakal melangsungkan pernikahannya bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr S, hari Khamis ini.

Advertisement
Memetik laporan daripada portal tempatan, pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat kedua belah keluarga sahaja.
Lelaki berkenaan juga dilaporkan seorang juruterbang berusia 32 tahun yang bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan swasta tempatan.

Walaubagaimana pun, butiran mengenai pernikahan Emma juga tidak didedahkan bagi menghormati permintaan keluarga.
Kemungkinan mereka memilih hari Khamis ini adalah kerana tarikh cantik, 20/02/2020.
Sejauh mana kebenaran berita ini masih lagi menjadi tanda tanya.