Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Budak Manja Punca Alonso Tumbang” – Khabib Buka Cerita Panas Real Madrid

“budak manja punca alonso tumbang” – khabib buka cerita panas real madrid

Legenda UFC, Khabib Nurmagomedov, melancarkan kritikan pedas terhadap barisan pemain bintang Real Madrid susulan pemecatan Xabi Alonso yang disifatkannya tidak adil dan berpunca daripada masalah disiplin dalaman, bukannya kelemahan taktikal jurulatih.

Advertisement

Pemecatan Alonso diumumkan hanya sehari selepas kekalahan memalukan Los Blancos kepada seteru utama mereka, Barcelona, dalam aksi Piala Super Sepanyol. Keputusan itu mengejutkan ramai pihak, memandangkan bekas pengurus Bayer Leverkusen itu baru lapan bulan mengemudi kelab gergasi Sepanyol berkenaan, walaupun menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Khabib, yang terkenal dengan sikap tegas dan berdisiplin tinggi sepanjang kariernya dalam seni mempertahankan diri, tidak berdiam diri. Menerusi satu hantaran di Instagram, bekas juara kelas ringan UFC itu menyindir keras pemain Real Madrid yang disifatkannya sebagai ‘budak-budak manja’.

“Setahun yang lalu, mereka merayu kepadanya. Sekarang mereka telah memecatnya. Kerana budak-budak manja ini. Xabi, anda yang terbaik,” tulis Khabib.

Menurut Khabib, masalah sebenar bukan terletak pada kebolehan Alonso sebagai jurulatih, sebaliknya kegagalan pemain untuk menghormati autoriti dan mengikuti arahan ketua jurulatih.

“Jika anda datang ke gimnasium atau ke padang, tidak kira sama ada anda seorang pejuang atau pemain bola sepak, ketua jurulatihlah yang bertanggungjawab,” katanya.

Namun, beliau menegaskan bahawa tanggungjawab itu menjadi sia-sia apabila wujud suasana dalam pasukan yang tidak membenarkan disiplin ditegakkan.

“budak manja punca alonso tumbang” – khabib buka cerita panas real madrid

“Jika suasana dalam pasukan tidak membenarkan semua orang mengikuti arahan, maka anda pasti tidak berada di landasan yang betul.”

Khabib turut menyifatkan Alonso sebagai antara tiga jurulatih terbaik dalam bola sepak moden ketika ini dan percaya pemecatan itu merupakan langkah silap oleh pihak pengurusan kelab.

“Jika sesebuah pasukan tidak bekerjasama dengannya, anda perlu menukar pemain, bukannya jurulatih.”

“budak manja punca alonso tumbang” – khabib buka cerita panas real madrid

Lebih tajam, Khabib meramalkan tiada jurulatih mampu berjaya di Real Madrid sekiranya masalah ego dan ketidakpatuhan pemain terus dibiarkan.

“Saya yakin tiada jurulatih yang mampu menangani skuad sedemikian di Real. Anda perlu menyingkirkan pemain yang tidak sependapat.”

Kenyataan Khabib itu pantas mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak dunia, khususnya penyokong Real Madrid, yang terbahagi antara menyalahkan Alonso atau menyokong pandangan bahawa ‘kuasa bintang’ pemain telah mengatasi peranan jurulatih.

Pemecatan Alonso sekali lagi menimbulkan persoalan besar, adakah Real Madrid terlalu cepat mengorbankan jurulatih demi melindungi pemain?

 

 

 

 

ERA Muzik Hit Terkini