Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dalam 2 Tahun Menang 17 Trofi, Bukan Semua Kenal Khai Bahar

Dalam masa 2 tahun berada dalam industri seni, Khai Bahar, 24, sudah pun menang 17 trofi dari pelbagai anugerah berbeza.

dalam 2 tahun menang 17 trofi, bukan semua kenal khai bahar

Advertisement

Namun, Khai Bahar masih belum merasakan dirinya seorang selebriti popular, malah mengakui dirinya seperti penyanyi baru yang sedang membina nama.

Dipetik daripada Mstar, apa yang dikecapinya hari ini adalah daripada usaha para peminat yang tak henti menyokongnya.

"Saya tak pernah mengimpikan pun untuk mendapat penghargaan tersebut kerana kehidupan sebagai anak seni ini ada turun dan naik, jadi saya anggap itu semua rezeki atas usaha peminat," katanya.

dalam 2 tahun menang 17 trofi, bukan semua kenal khai bahar

Khai turut menerima kritikan daripada netizen yang mempertikaikan dua anugerah yang dimenanginya baru-baru ini, malah menganggap ia lumrah sebagai anak seni.

"Ada yang rasa saya tak layak menang, tapi tak apalah, itu pandangan mereka dan saya pun akui bukan semua orang kenal saya.

"Biarlah mereka terus mengkritik, saya terima sahaja, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Yang penting peminat seronok," ujarnya.

Sumber: Mstar Online

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini