Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bekas Penyerang Harimau Malaya Terpaksa Jual Trofi Kasut Emas Demi Teruskan Hidup

Nama Khalid Jamlus adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak negara.

bekas penyerang harimau malaya terpaksa jual trofi kasut emas demi teruskan hidup

Namun selepas tiga tahun tidak bekerja, bekas penyerang Harimau Malaya ini dilaporkan terpaksa reda dengan melelong beberapa koleksi yang dikumpul olehnya sepanjang bergelar pemain profesional termasuklah sebuah trofi kasut emas yang dimenangi pada tahun 2002 selepas menjuarai saingan Liga Perdana (Liga Super).

Advertisement

bekas penyerang harimau malaya terpaksa jual trofi kasut emas demi teruskan hidup

Memetik laporan dari Odisi, Khalid Jamlus berjaya menjual piala itu secara bidaan langsung di Facebook dengan nilai RM10,500.

Lelongan ini dipercayai dibuat oleh beliau kerana terdesak memerlukan wang selepas tiga tahun tidak bekerja biarpun memiliki lesen kejurulatihan kelas B.

Selain trofi, Khalid juga terpaksa reda melepaskan jersi serta medal kemenangannya.

bekas penyerang harimau malaya terpaksa jual trofi kasut emas demi teruskan hidup

Jualan menerusi bidaan atas talian itu kemudiannya mendapat perhatian Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal yang menjemputnya ke pejabat bagi membincangkan masalah yang dihadapi.

Sumber: ODISI

ERA Muzik Hit Terkini