Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘‘Ia Sangat Teruk..’’, Khloe Kardashian Positif COVID-19

Bintang antarabangsa, Khloe Kardashian disahkan positif COVID-19, menerusi video sedutan episod siri TV, Keeping Up With the Kardashian.

‘‘ia sangat teruk..’’, khloe kardashian positif covid-19

Advertisement

Khloe dilihat merakamkan sendiri video itu dalam keadaan suaranya yang agak serak.

‘‘ia sangat teruk..’’, khloe kardashian positif covid-19

"Baru dapat tahu bahawa saya dijangkiti COVID-19. Saya kini berada dalam bilik. Semuanya akan okay, tapi dalam beberapa hari ini, ia sangat teruk," katanya.

Menurut Khloe, beliau turut mengalami simptom seperti muntah, batuk, tubuh badan menggeletar, suhu badan yang tidak menentu dan juga sakit kepala.

Turut dikongsikan juga, Kim Kardashian meluahkan rasa risau tentang apa yang berlaku kepada Khloe.

"Kami semua juga risau mengenai keputusan ujian COVID-19 Khloe, sama ada dia dijangkiti atau tidak. Naluri saya mengatakan bahawa dia memang dijangkiti kerana dia nampak sangat sakit," katanya.

Sumber: CNN

ERA Muzik Hit Terkini