Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lagu Bersama Sean Kingston, Kilafairy Nak Fokus Menyanyi

lagu bersama sean kingston, kilafairy nak fokus menyanyi

Lama tak mendengar cerita mengenai pelakon Kilafairy. Permulaan yang baik 2018 buat Kilafairy apabila mengeluarkan single lagu Bahasa Inggeris bersama penyanyi antarabangsa yang popular dengan lagu Beautiful Girls, Sean Kingston dan juga DJ Aku Ash. 

Advertisement

Menurut Kila, segalanya bermula secara kebetulan apabila dia ke studio untuk menemani DJ Aku Ash, dan mereka mencuba untuk berkolaborasi sekali untuk lagu Put The Word In. 

"Saya ada di studio semasa mereka merakam lagu ini. Saya suka lagu ni dan saya nak try" jelas Kila.

DJ Aku Ash juga menjelaskan ia mengambil masa yang singkat untuk Kila menyanyi dalma lagu ini. Bagaimanapun, bagi keseluruhan proses lagu dan rakaman mengambil masa selama 6 bulan. 

"2018 memang saya nak fokus dalam muzik dan saya dah ada beberapa single untuk dikeluarkan selepas ini," tambah Kila lagi. 

Muzik video ini akan dilancarkan pada penghujung bulan ini. 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini