Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hati Terbuka Mahu Pakai Tudung, Kilafairy Dah Padam Semua Foto 'Free Hair'

Penyanyi dan juga pelakon, Kilafairy kini sudah mula mengenakan hijab penuh serta memadam fotonya yang tidak bertudung di Instagram.

hati terbuka mahu pakai tudung, kilafairy dah padam semua foto

Perkongsian sebelum ini adalah menerusi rakan artisnya, Neelofa pada laman Instastory, sehingga menarik perhatian ramai peminat.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, manisnya @kilafairyofficial berhijab. 😀 #SharERA

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Advertisement

Menurut pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan, platform Instagramnya itu kini hanya akan dipenuhi dengan foto terbarunya selain beberapa foto lama yang memaparkan kucing perliharaan serta aktiviti seninya terdahulu.

hati terbuka mahu pakai tudung, kilafairy dah padam semua foto

“Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab. Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.

“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah.

“Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan.

“Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa,” katanya.

Sumber: Media Hiburan

ERA Muzik Hit Terkini