Pelakon, Kilafairy telah berkongsi foto dan videonya bersama kumpulan Blue yang telah mengadakan konsert pada hari Ahad lalu.


Advertisement
Menyatakan rasa teruja kerana dapat bersama berjumpa kumpulan Blue, aksi pelakon berkenaan nyata mengundang komen netizen kerana beliau telah memeluk dan mengucup pipi setiap anggota kumpulan tersebut.
Menerusi Gempak, Kilafairy juga telah bertindak menutup ruang komen serta memadamkan video berkenaan dan hanya membiarkan foto bersama kumpulan itu di Instagram miliknya.

“My forever number 1 boy band, @officialblue The best part is they all still look the same #90sKid,” tulis Kilafairy pada ruangan kapsyen.
Aksi pelakon ini mendapat perhatian netizen yang juga menyamakan ia dengan aksi penonton Malaysia yang pernah memeluk artis kpop suatu ketika dahulu.

Foto: Instagram @kilafairyofficial
Sumber: Gempak
