Salah satu muzik video lagu hit kumpulan wanita K-Pop BLACKPINK telah berjaya mencipta rekodnya tersendiri.

Advertisement
Muzik video ‘Kill This Love’ yang mula ditayangkan pada 5 April 2019, sehingga kini telah meraih 1.1 bilion tontonan, menjadikan ia muzik video kumpulan K-Pop paling pantas meraih jumlah tontonan sedemikian dalam masa satu tahun 7 bulan 4 hari 22 jam dan 56 minit.
Berbanding dengan lagu Ddu-du Ddu-du, muzik video lagu ini meraih 1.1 bilion tontonan dalam masa satu tahun, sembilan bulan, 8 hari dan 18 jam.
#BLACKPINK 'Kill This Love' M/V HITS 1.1 BILLION VIEWS @Youtube
— YG FAMILY (@ygent_official) November 9, 2020
BLINKs worldwide, thank you so much!
'Kill This Love' M/V
🎥https://t.co/Lo1d6beMak#블랙핑크 #KILLTHISLOVE #MV #1_1BILLION #YOUTUBE #YG pic.twitter.com/SWJSjocKOt
Terdiri daripada empat orang ahli iaitu Kim Ji-soo, Jennie Kim, Roseanne Park dan Lalisa Manoban, kumpulan BLACKPINK turut menjadi artis K-pop wanita pertama yang mempunyai tiga lagu nombor satu di Billboard World Digital Song Sales Chart.

Sumber: Soompi