Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sedekad Bercinta, Aktres Kim Ga-Eun & Yoon Seon-Woo Akhirnya Disatukan

sedekad bercinta, aktres kim ga-eun & yoon seon-woo akhirnya disatukanFoto: Instagram

Selepas 10 tahun menjalani hubungan cinta, aktres popular Korea Selatan, Kim Ga-eun, 36, dan pelakon Yoon Seon-woo, 40, akhirnya menamatkan penantian panjang mereka dengan ikatan perkahwinan yang penuh makna.

Advertisement

Pasangan ini selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada 26 Oktober 2025 di Seoul, Korea Selatan. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta sahabat rapat, lapor portal hiburan OSEN.

“Saya berjanji untuk menghabiskan seluruh hidup saya bersama Kim Ga-eun. Saya akan sentiasa melindungi, menghormati dan menghargai setiap detik bersamanya.

“Terima kasih atas doa dan sokongan semua untuk permulaan baharu kami,” ujar Yoon Seon-woo menerusi pengumuman di laman media sosialnya.

Pasangan ini pertama kali bertemu di set penggambaran drama Ilpyeondansim Mindeulle yang disiarkan di KBS2 pada tahun 2015. Dari sekadar rakan sekerja, hubungan mereka berkembang menjadi sahabat, sebelum akhirnya berputik menjadi cinta.

Selepas sedekad saling mengenali hati budi, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin dan memulakan kehidupan baharu bersama.

Berita gembira itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh para peminat yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Sumber: OSEN

ERA Muzik Hit Terkini