
Sumber: Koreaboo
Advertisement
Peminat Running Man pasti menyedari hubungan Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo yang semakin rapat sekarang ini hingga menyebabkan ahli Running Man yang lain merasakan sesuatu yang suspicious antara mereka berdua. Adakah mereka bercinta ?
Baru-baru ini ahli Running Man diminta lakukan satu cabaran iaitu untuk beri idea baru. Semua excited untuk beri idea mereka. Jeon So Min dan Yang Se Chan beri idea agar memfokuskan tentang badan Kim Jong Kook.

Bagaimanapun, ketika Song Ji Hyo pula memberi idea, dia memberi idea persamaan dan tak perlu nak fokus pada Kim Jong Kook badan sahaja. Perkara itu membuatkan Kim Jong Kok tersenyum penuh makna sambil berkata, “You’re… very nice.”
Song Ji Hyo juga tak mampu menyembunyikan senyumannya dan ahli Running Man yang lain merasakan ada sesuatu antara mereka.
