Disaat ramai masyarakat dunia yang hidup dalam serba kekurangan makanan, bintang popular Kim Kardashian dan keluarga dilihat selamba membazirkan makanan menerusi rancangan realiti 'Keeping Up with the Kardashians'.

Advertisement
Video yang dikongsikan menerusi Instagram Khloekardashian itu mulai tular dilaman sosial dan mendapat kecaman ramai.

Difahamkan mereka sekeluarga sedang menikmati sarapan bersama dan mula bergurau sebelum melakukan serangan antara satu sama lain termasuk mencurahkan minuman sesama mereka.
Video berkenaan telah mendapat lebih 5 juta tontonan dalam masa beberapa hari ia dimuatnaik.
