Bintang realiti dan antarabangsa, Kim Kardashian meluahkan hasrat mahu memberikan wang bernilai USD500 (kira-kira RM2,032) kepada 1,000 peminatnya.

Advertisement
Menerusi ciapan di Twitter, Kardashian menawarkan wang itu kepada 1,000 orang kerana prihatin akan beban kewangan orang ramai.
"Tahun 2020 menjadi tahun yang sukar dan ramai yang kerisauan kerana tidak mampu lagi menanggung beban kewangan.
"Saya nak kongsikan rasa kasih sayang dengan menghantar USD500 kepada 1,000 orang," tulisnya.
Pemberian itu katanya juga bertujuan meraikan peminat di laman sosial sempena Hari Natal tahun ini.
Hey guys! 2020 has been hard and many are worried about paying rent or putting food on their table- I want to spread the love by sending $500 to 1000 people. Send me your $cashtag below with #KKWHoliday 🎄🎁 #partner pic.twitter.com/aHV4COQUvd
— Kim Kardashian West (@KimKardashian) December 21, 2020
Rata-rata peminat menyambut baik usaha Kardashian itu dan mendapat puluhan ribu retweet.