Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Foto di Vietnam Cetus Spekulasi, Kim Yoo Jung & Kim Do Hoon Sedang Menjalin Cinta?

foto di vietnam cetus spekulasi, kim yoo jung & kim do hoon sedang menjalin cinta?

Foto: Instagram

Advertisement

Dua bintang muda Korea, Kim Yoo Jung dan Kim Do Hoon, menjadi bualan hangat selepas foto mereka di lapangan terbang Vietnam tular sejak Mei lalu. Gambar itu pantas mencetuskan gosip bahawa kedua-duanya sedang bercinta.

Namun, khabar angin tersebut segera ditepis. Menurut agensi Yoo Jung, awesome.ent, keberadaan mereka di Vietnam bukanlah untuk berbulan madu rahsia, sebaliknya bersama pasukan produksi drama terbaharu berjudul Dear X.

“Kami sudah bertanya sendiri kepada Kim Yoo Jung, dan gosip bercinta dengan Kim Do Hoon tidak benar. Mereka ke Nha Trang bersama rombongan produksi bagi meraikan tamatnya penggambaran projek tersebut,” jelas kenyataan rasmi agensi itu.

Agensi turut menambah, walaupun gambar yang tersebar seakan-akan menunjukkan mereka berdua sahaja, hakikatnya sutradara Lee Eung Bok dan seluruh kru turut serta dalam percutian tersebut.

Sementara itu, agensi Do Hoon, PEAK J, juga tampil menafikan gosip berkenaan.

“Khabar angin percintaan itu tidak benar. Mereka memang bercuti di Vietnam, tetapi bukan berdua. Ia merupakan rombongan produksi drama mereka.”

Sumber: Koreaboo

ERA Muzik Hit Terkini