Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kit Latihan United 2025/26 Tanpa Penaja, Kerugian Jutaan Pound Buat Ramai Penyokong Tergamam!

kit latihan united 2025/26 tanpa penaja, kerugian jutaan pound buat ramai peminat tergamam!

Foto: MUFC

Advertisement

Manchester United mengejutkan ramai apabila memperkenalkan kit latihan 2025/26 berwarna plum minggu ini tanpa sebarang logo penaja sebagai kesan daripada tamatnya kontrak bersama Tezos pada 30 Jun, satu kerjasama yang bernilai sekitar £24 juta setahun. Ini bukan sekadar kehilangan logo malah dilihat sebagai suatu kehilangan sumber komersial utama.

kit latihan united 2025/26 tanpa penaja, kerugian jutaan pound buat ramai peminat tergamam!

Foto: MUFC

Kelab telah menamatkan kerjasama dengan Tezos dan Marriott International, meninggalkan hanya penaja kit perlawanan, Snapdragon, dalam kontrak lima tahun bernilai £300 juta. Tanpa penaja latihan yang baru, Manchester United kini kehilangan pendapatan yang mencecah anggaran jutaan paun.

kit latihan united 2025/26 tanpa penaja, kerugian jutaan pound buat ramai peminat tergamam!

Foto: ESPN

Reaksi peminat di media sosial segera timbul bahkan sesetengah memanggilnya ‘memalukan’ dan ‘shambolic’ berikutan prestasi dan reputasi kelab yang semakin merosot. Gambar Luke Shaw, Mason Mount, Leny Yoro serta Alejandro Garnacho yang kini dikaitkan dengan perpindahan keluar turut dilihat dalam kit tanpa penaja menambah rasa janggal dalam kalangan penyokong.

Dengan musim Liga Perdana akan bermula 17 Ogos menentang Arsenal di Old Trafford, pertanyaan utama kini tertumpu kepada bila dan siapa yang akan tampil sebagai penaja kit latihan MU yang baru?

Sumber: thesun.uk

ERA Muzik Hit Terkini