Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Konduktor Orkestra Majlis Makan Malam Gala ASEAN Meninggal Dunia

konduktor orkestra majlis makan malam gala asean meninggal duniaFoto: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia, Mohd Yazid Zakaria, yang dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air.

Advertisement

Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan Allahyarham bukan sekadar konduktor yang berbakat, tetapi juga seorang seniman berjiwa luhur yang menjadikan muzik sebagai medium penyatuan dan keindahan jiwa bangsa.

 

 

“Menerima khabar duka pemergian Mohd Yazid, Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia, insan yang mengetuai persembahan sewaktu Majlis Makan Malam Gala ASEAN baru-baru ini,” tulis beliau dalam catatan tersebut.

Perdana Menteri menambah bahawa persembahan orkestra yang diketuai Mohd Yazid ketika majlis berkenaan menjadi simbol kepada diplomasi budaya, memperlihatkan semangat keterangkuman dan solidariti dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan rebah ketika menerima rawatan di sebuah klinik sebelum disahkan meninggal dunia pada tengah hari Rabu. Jenazah kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk pengesahan punca kematian.

Sumber: Facebook

ERA Muzik Hit Terkini