Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Konon Solat Hari-Hari, Sekali Bawa Balik Lelaki…” – Nedim Nazri Tujukan Pada Siapa?

“konon solat hari-hari, sekali bawa balik lelaki…” – nedim nazri tujukan pada siapa?Foto: Instagram

Nampaknya Boss Ned atau nama sebenarnya Mohamed Nedim Mohamed Nazri, bekas suami kepada pelakon popular Nora Danish, kembali mencetuskan perhatian selepas memuat naik luahan ‘pedas’ di platform Threads.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Nedim seolah-olah menyindir seseorang yang dikatakan ‘menunggang agama’ dengan menjadikan imej alim sebagai topeng untuk menutup perbuatan tidak bermoral.

“Saya ni bukan orang alim pun, tapi saya cuba juga solat sebab nak tunjuk contoh pada anak. Tapi janganlah konon solat tiap hari, sekali bawa balik lelaki,” tulisnya tegas.

Kenyataan itu pantas mencuri tumpuan netizen yang tertanya-tanya kepada siapa sebenarnya luahan itu ditujukan. Namun Nedim tidak menyebut sebarang nama, sebaliknya terus berkongsi nasihat agar perubahan diri dilakukan dengan keikhlasan, bukan untuk ‘content’.

“Kalau betul nak berubah, biar kerana Allah. Jangan sampai jadikan agama bahan untuk menunjuk baik di media sosial,” tambahnya lagi.

Nedim turut mengakui berasa lega selepas meluahkan perasaannya dan memberi bayangan akan mendedahkan lebih banyak perkara pada masa akan datang.

“Puas hati saya lepas semua ni. Kalau berani, mari. Banyak lagi saya nak cakap. Tapi esoklah, nak rehat dulu,” katanya bersahaja.

Untuk info, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 7 tahun. Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan Nabilah Khan pada 2011 dan mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin, kini berusia 12 tahun.

Sumber: Threads

ERA Muzik Hit Terkini