
Peminat muzik rock tanah air, bersiap sedia! Ella, Ratu Rock negara, bakal kembali menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dalam konsert terbarunya ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ pada 14 Februari 2026 betul-betul jatuh pada hari yang istimewa, Hari Kekasih!
Advertisement
Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Rockqueen, konsert ini bukan sekadar hiburan semata-mata. Ia adalah persembahan mega yang menggabungkan muzik, mesej kemanusiaan dan peluang buat peminat memberi sumbangan amal melalui pilihan tema: Peace, Love & Rindu.
Ella bukan sahaja mahu beraksi di atas pentas, tetapi juga menyebarkan mesej yang bermakna:
- Peace – solidariti untuk rakyat Gaza
- Love – menentang buli di sekolah
- Rindu – dedikasi untuk penggiat seni tanah air
“Saya nak tinggalkan legasi bukan sahaja dalam seni, tapi juga untuk kemanusiaan. Majlis Tertinggi Rockqueen adalah gerakan untuk sebarkan ‘Peace, Love & Rindu’,” kata Ella.
Yang menariknya, tiket konsert ini mampu milik untuk semua peminat. Bukan itu sahaja, setiap pembelian tiket membolehkan anda pilih tabung sumbangan Peace, Love atau Rindu dan RM2 daripada setiap undian akan disalurkan terus ke pertubuhan amal berkaitan. Jadi, sambil enjoy muzik, hati pun gembira sebab dapat buat kebaikan!

Sudah hampir 40 tahun berkarya, Ella tetap bersemangat untuk kembali ke pentas mega. Cabaran besar? Memang ada. Tetapi semangat dan kasihnya terhadap seni dan peminat membuatkan dia sentiasa bertenaga untuk beraksi di pentas sebesar Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Ketabahan ini hanya dimiliki seorang ratu rock yang tulus mencintai seni dan penontonnya,” kata Ella.
Ella berharap konsert ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pertubuhan amal, tetapi juga menginspirasi generasi muda dan penggiat seni untuk terus berkarya.
“Jangan lupa undi ‘Peace, Love atau Rindu’ dan jumpa di Majlis Tertinggi Rockqueen nanti!”
📞 Maklumat & Tempahan Tiket: +6012-2655783
📧 [concerts@hitman.group](mailto:concerts@hitman.group)
Konsert ini juga mendapat sokongan rasmi daripada Perbadanan Stadium Malaysia, radio rasmi Era FM, Sinar FM, Mix FM, Lite FM & Gegar FM, serta media rasmi Astro Gempak, Meletop & Hlive!.
14 Februari 2026, simpan tarikh ini! Ella akan buat malam yang pasti meninggalkan kenangan tak terlupakan!