Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Idol of Idol! Konsert BLACKPINK di Seoul ‘Meriah’ dengan Kehadiran Ramai Selebriti Ternama

idol of idol! konsert blackpink di seoul ‘meriah’ dengan kehadiran ramai selebriti ternamaFoto: Soompi

Konsert pembukaan jelajah dunia terkini kumpulan sensasi K-pop, BLACKPINK, yang berlangsung di Stadium Goyang, Seoul, mencuri perhatian apabila dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebriti terkenal dari pelbagai bidang hiburan Korea Selatan.

Advertisement

Antara nama besar yang hadir termasuk pelakon terkenal Lee Min-ho, yang dilihat begitu teruja menyaksikan persembahan tersebut sambil mengibarkan lightstick rasmi BLACKPINK. Turut kelihatan ialah Suho, ahli kumpulan EXO, J-Hope dari kumpulan BTS yang hadir memberikan sokongan bersama barisan selebriti lain seperti Park Myung-soo, Seol In-ah, Lee Eun-saem, Kim Jong-soo, dan penyanyi serta penerbit muzik, Gray.

Selain itu, wakil daripada industri hiburan lain seperti Bona dari kumpulan WJSN turut hadir memeriahkan acara. Berdasarkan perkongsian daripada pengguna platform X), beberapa lagi selebriti dilaporkan turut berada di lokasi konsert, menjadikan acara itu salah satu persembahan paling berprofil tinggi dari segi kehadiran personaliti terkenal.

Antaranya ialah BABYMONSTER, LESSERAFIM, TREASURE, SEVENTEEN, Minnie dari kumpulan (i)-dle, Jihyo dan Nayeon dari kumpulan TWICE, Hyeri (Girls Day) dan ramai lagi.

Konsert ini menandakan pelancaran rasmi siri jelajah dunia BLACKPINK bertajuk “DEADLINE”, yang dijangka berlangsung di beberapa lokasi antarabangsa selepas ini.

Kehadiran selebriti dalam jumlah yang besar bukan sahaja menyerlahkan populariti kumpulan tersebut dalam kalangan peminat, malah turut membuktikan pengaruh dan penghormatan yang diberikan kepada BLACKPINK oleh rakan-rakan industri.

Acara malam tersebut bukan sahaja disambut meriah oleh para peminat, tetapi turut mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa, sekali gus mengukuhkan status BLACKPINK sebagai antara kumpulan wanita paling berpengaruh dalam sejarah muzik K-pop.

ERA Muzik Hit Terkini