Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ruffedge Kembali Dengan Satu Konsert Sempena Ulang Tahun Ke 20

ruffedge kembali dengan satu konsert sempena ulang tahun ke 20

TIpah Tertipu, Khayalan Da’ Bomb dan banyak lagi antara lagu-lagu kumpulan Ruffedge  yang pernah menjadi kegilaan ramai. Kumpulan ini pernah menjadi perhatian para remaja, media dan sebagainya. Malah, pakaian mereka juga turut menjadi ikutan satu ketika dahulu.

Advertisement

Meneliti usia Ruffedge, kini kumpulan itu telah mencapai usia 20 tahun. Dan bersempena umur yang ke 20 ini, RUffedge merasakan mereka telah bersedia dan cukup matang untuk memberikan sesuatu yang besar buat pada peminat mereka.

Ruffedge bakal beraksi kembali di atas pentas dengan mengadakan konsert bersempena ulang tahun yang ke 20. Konsert yang akan diadakan pada 4 Ogos ini akan berlangsung di KL Live dan para peminat akan disajikan dengan lagu-lagu hits mereka.

Tiket akan mula dijual pada 4 Mei ini dan boleh didapati di www.ticketpro.com.my. Jadi, ini lah masa peminat-peminat kumpulan ini untuk mengubat rindu. Rugi gila kalau korang tak pergi.

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini