Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Konsert Sulung Joe Flizzow ‘This Is Johan Live In Concert’

Digelar The President of Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow mengumumkan akan mengadakan konsert solo pertamanya, Joe Flizzow This Is Johan Live In Concert.

JCG_0351-1.jpg

Penyanyi Sampai Jadi itu mengatakan beliau akan melakukan konsert tersebut selama hampir 2 jam dan akan ada penyanyi lain yang terlibat tetapi dirahsiakan.

Advertisement

Tambah Joe, konsert kali ini akan menampilkan lagu-lagu yang terbaru dari album terbaru beliau yang akan dijual sebelum konsert nanti.

Konsert solo ini dibawakan oleh JioBuddy dengan kerjasama Altus ProHouse bersama Rakan Produksi, Level Up, rakan logistik, Tuudi.

THIS-IS-JOHAN-Seating-Plan-Landscape-1.jpg

Tidak lupa juga Universal Music Malaysia, DefJam Recordings SEA menjadi rakan sokongan Joe Flizzow “This is Johan Live In Concert” dan disemarakkan dengan sokongan media rasmi daripada radio Era FM dan juga rakan digital – Astro Gempak

Tiket akan mula dijual pada 12 May dan akan diadakan pada pada 15 Julai 2023.

ERA Muzik Hit Terkini