Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Korang Jangan Sampai Aku Keluar Islam’ - Fatiya Latiff

Gara-gara sering menerima kritikan yang melampau dari segelintir individu dalam media sosial, pelakon Fatiya Latiff memberi amaran untuk keluar agama.

 Fatiya tidak menjelaskan secara terperinci punca dia sakit sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan hingga sanggup murtad.

Advertisement

‘korang jangan sampai aku keluar islam’ - fatiya latiff

“Aku tidak berdosa cuma kalian yang akan masuk neraka sebab selalu paksa aku,” katanya menerusi sebuah video TikTok.

 ‘Drama’ panas yang membabitkan Fatiya, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan selebriti tersebut. 

Sikapnya yang mengejutkan itu mengundang pelbagai dakwaan bahkan ada menuduh pelakon terbabit sudah dibuang keluarga dan mempunyai masalah kesihatan mental selain mengambil bahan terlarang. 

Fatiya bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan dirinya dalam keadaan sihat dan hanya mengalami stres. Namun dia mengakui keadaan dirinya hari ini adalah kesan cinta tidak kesampaian dengan bekas kekasihnya, Aiman.

ERA Muzik Hit Terkini