Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Krisdayanti Buat Ujian Swab, Yuni Shara Kata ‘‘Mesti Sakit…’’

Penyanyi popular dari Indonesia, Krisdayanti merupakan antara individu yang kerap menjalani ujian swab antigen, bagi memastikan dirinya bebas dari simptom COVID-19.

krisdayanti buat ujian swab, yuni shara kata ‘‘mesti sakit…’’

Advertisement

Menurut Liputan6.com, ia menjadi antara rutin yang dilakukannya bersama anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) yang lain.

Krisdayanti sebelum ini telah mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen untuk penggal 2019-2024 pada Oktober 2019 lalu.

"Kami rutin melakukan swab antigen secara beramai-ramai sebelum melakukan kerja sebagai DPRI," ujarnya dalam satu hantaran.

Malah katanya, ia dilakukan bukan sahaja bagi melindungi diri sendiri tetapi juga orang lain.

Berkongsikan video pendek di Instagram, Krisdayanti dilihat menahan kesakitan melakukan ujian swab antigen, meskipun ia bukanlan kali pertama dilakukannya.

krisdayanti buat ujian swab, yuni shara kata ‘‘mesti sakit…’’

Perkara itu turut mendapat perhatian kakaknya, Yuni Shara yang menyifatkan jolokan agak lama di dalam hidung itu pasti menyakitkan.

Sumber: Liputan6

ERA Muzik Hit Terkini