
Foto: Agensi
Advertisement
Cubaan menyeludup dadah ke penjara menggunakan seekor kucing sebagai ejen gagal apabila haiwan itu berjaya ditahan ketika cuba memanjat pagar dengan dadah dilekatkan pada badannya.
Menurut kenyataan Kementerian Kehakiman Costa Rica pada Selasa, kucing berwarna hitam putih itu ditangkap awal bulan ini di penjara di wilayah Pococí selepas ia dikesan membawa dua bungkusan mengandungi lebih 230 gram ganja dan 67 gram kokain.
Pihak kementerian turut berkongsi video yang memaparkan seorang pengawal memanjat pagar bagi menangkap 'keldai dadah' gebu berkenaan. Rakaman lain menunjukkan kucing itu diletakkan di atas meja di dalam penjara, sementara pengawal bertugas membuka bungkusan dadah yang dilekatkan pada badannya.
This cat was caught smuggling drugs into a prison in Costa Rica with 236g of marijuana and 68g of heroin attached to its body.
— Channel 4 News (@Channel4News) May 19, 2025
The feline dubbed as the 'narco cat' has been sent to the National Animal Health Service for a health evaluation. pic.twitter.com/pBuJGWPkJt
"Terima kasih kepada tindakan pantas pihak pengawal, kucing berkenaan berjaya ditahan dan bungkusan dadah berjaya dirampas sebelum sempat diserahkan kepada banduan," kata kenyataan itu.
Kucing berkenaan kemudian diserahkan kepada sebuah pertubuhan kebajikan haiwan untuk penjagaan lanjut.
Sumber: AFP