Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kumpulan Kpop Baru, ‘aespa’ Akan Diperkenalkan November Ini

Syarikat label muzik dari Korea Selatan, SM Entertainment telah memperkenalkan sebuah lagi kumpulan K-pop baharu, dikenali dengan nama ‘aespa’.

Logo dan teaser untuk kumpulan aespa telah pun dikongsikan menerusi laman akaun Twitter rasmi SM Entertainment.

Advertisement

kumpulan kpop baru, ‘aespa’ akan diperkenalkan november ini

Menurut SM Entertainment, aespa akan membuat kemunculan pertama mereka pada bulan November.

Nama aespa merupakan gabungan 'æ', iaitu ‘avatar x experience’ dan perkataan ‘aspect’, yang membawa maksud kebolehan menyelami dunia baharu menerusi avatar diri anda.

Kumpulan aespa merupakan kumpulan baharu wanita dibawah SM Entertainment  sejak kumpulan sensasi Red Velvet yang membuat debut pada 2014, serta merupakan kumpulan pertama secara keseluruhan agensi tersebut sejak kumpulan terkenal NCT membuat debut pada 2016.

Sumber: Soompi

ERA Muzik Hit Terkini