Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Papa Zola The Movie: Filem Animasi Tempatan Yang Menggegarkan Pawagam, Kalahkan Filem Antarabangsa!

papa zola the movie: filem animasi tempatan yang menggegarkan pawagam, kalahkan filem antarabangsa!

RM55 JUTA?!

Advertisement

Ya, anda tak salah baca! Setakat 6 Januari 2026, Papa Zola The Movie dah pecah panggung, meninggalkan filem antarabangsa seperti Avatar: Fire and Ash (RM33 juta) dan Zootopia 2 (RM32 juta) jauh di belakang!

papa zola the movie: filem animasi tempatan yang menggegarkan pawagam, kalahkan filem antarabangsa!

Filem ini bukan sekadar hiburan biasa tetapi ia bukti bahawa animasi tempatan sebenarnya berpotensi melawan gergasi dunia! Sokongan hangat penonton di negara kita memang luar biasa.

Kejayaan ini dikatakan kerana ramai yang tertarik dengan  jalan cerita Papa Zola yang amat dekat dan boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian kita. Ia padat dengan kisah kekeluargaan, pengorbanan dan aksi mencemaskan.

Papa Zola, seorang ayah yang bekerja keras, tiba-tiba terjerumus dalam misi menyelamatkan anaknya, Pipi, yang diculik makhluk asing! Bersama Mama Zila dan rakan-rakan lama daripada organisasi rahsia P.A.P.A (Protect And Prevent Agency) mereka perlu melawan musuh, menyelamatkan dunia dan tentu sekali… melindungi keluarga tersayang dengan segala apa yang boleh dilakukan.

Kini Papa Zola sedang ditayangkan di Malaysia, Singapura & Brunei dan bakal menggegarkan Indonesia, India, Vietnam serta Timur Tengah (Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar & Turki) tak lama lagi!

Jika anda pernah  terfikir bahawa animasi tempatan tak boleh pergi jauh dan tidak akan mendapat sambutan, Papa Zola akan membuktikan bahawa anda salah besar!

 Jangan tunggu lagi, pergi ke pawagam berhampiran sekarang dan rasai sendiri fenomena gempak ini.

 

 

ERA Muzik Hit Terkini