Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Kylie Jenner Dikutuk Kedekut Hanya Derma RM20,000 Kepada Bekas Jurusolek Untuk Jalani Pembedahan

Kylie Jenner terima kutukan hebat oleh orang ramai.
nura
25 Mar 2021, 01:46 PM

Anak bongsu keluarga Kardashian-Jenner, Kylie Jenner menyumbangkan sebanyak $5,000 atau RM20,000 kepada jurusolek, Samuel Rauda yang pernah berkhidmat dengan dia untuk menampung kos rawatannya.

kylie jenner dikutuk kedekut hanya derma rm20,000 kepada bekas jurusolek untuk jalani pembedahan

Rauda yang mengalami kemalangan dan memerlukan dana untuk menjalani pembedahan. Sebaik sahaja mengetahui keperluan bekas jurusoleknya itu, Jenner menderma sebanyak RM20,000 dan meminta 222 juta pengikutnya di Instagram untuk membantu memberi sumbangan kepada Rauda melalui GoFundMe.

kylie jenner dikutuk kedekut hanya derma rm20,000 kepada bekas jurusolek untuk jalani pembedahan

Malangnya, tindakan Jenner itu dikritik oleh orang ramai. 

Mogul kosmetik yang diiktiraf oleh Forbes antara 60 wanita terkaya di dunia, diktakan sebagai seorang yang kedekut kerana menderma jumlah wang yang terlalu sikit.

Jenner memberi penjelasan mengenai situasi tersebut yang ditulis di Instastorynya baru-baru ini dan mempertahankan tindakan yang dibuatnya itu.

kylie jenner dikutuk kedekut hanya derma rm20,000 kepada bekas jurusolek untuk jalani pembedahan

“Saya rasa sangat penting untuk memperbetulkan tanggapan salah yang telah dibuat oleh banyak peminat saya mengenai kemampuan saya membayar rawatan hospital jurusolek tersebut.

“Rauda bukan jurusolek saya, kami hanya pernah bekerja beberapa tahun lalu dan tidak mempunyai hubungan peribadi selepas itu. 

“Namun saya lihat beberapa rakan jurusolek dan teman memuat naik tentang keadaan Rauda yang kemalangan dan memerlukan bantuan.

“Mereka mahu mengumpulkan sebanyak RM45,000 dan kekurangan RM20,000. Jadi saya berikan RM20,000 untuk mencukupkan dana yang diperlukan,” jelas Jenner.

kylie jenner dikutuk kedekut hanya derma rm20,000 kepada bekas jurusolek untuk jalani pembedahan

Jenner kemudian menjelaskan tujuannya mengajak pengikutnya di Instagram supaya turut menderma adalah untuk meningkatkan kesedaran agar semua saling membantu.

"Saya sudah melengkapkan sasaran mereka dan saya hanya sebarkan di media sosial untuk menarik lebih kesedaran jika ada yang mahu menderma," tulisnya. 

Sumber: Instagram / Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}