Foto: Billboard
Lady Gaga mencipta sejarah dengan mengadakan konsert percuma di Pantai Copacabana, Rio de Janeiro, pada 3 Mei 2025, yang dihadiri oleh lebih 2.1 juta penonton, menjadikannya persembahan terbesar dalam kerjayanya.
Advertisement
Memetik laporan Awani, konsert ini merupakan sebahagian daripada siri acara "Todo Mundo no Rio", inisiatif tahunan yang bertujuan membawa artis antarabangsa ke kota tersebut.
Dalam persembahan selama kira-kira dua jam itu, Lady Gaga membawakan lagu-lagu popularnya seperti "Poker Face", "Shallow", dan "Bad Romance", serta lagu-lagu dari album terbarunya, "Mayhem".
Dalam pada itu, Lady Gaga turut menyampaikan penghargaan kepada peminat Brazil yang telah menantikan kehadirannya selama lebih sedekad sejak pembatalan kemunculannya di festival Rock in Rio pada 2017.
Konsert ini juga mencatatkan impak ekonomi yang signifikan, dengan kehadiran kira-kira 500,000 pelancong ke Rio dan pendapatan yang dijangka mencecah 600 juta reais (kira-kira USD 106 juta) untuk bandar raya tersebut.
Susulan daripada itu, lebih 4,800 anggota polis ditugaskan bagi memastikan keselamatan sepanjang acara berlangsung.
Lady Gaga turut berkesempatan menyatakan rasa syukur dan cintanya kepada Brazil, menyebut bahawa malam tersebut adalah detik yang bersejarah dan penuh emosi baginya serta peminatnya.
Sumber: Astro Awani