Penyanyi antarabangsa, Lady Gaga telah berkongsi pengalaman menarik apabila beliau dapat bekerjasama dengan kumpulan Kpop terkenal iaitu BlackPink.

Menerusi satu temubual bersama media Jepun TVGroove, Lady Gaga berkata menghubungi BlackPink sendiri bagi mendapatkan persetujuan merakamkan lagu berjudul Sour Candy.
Advertisement
"Saya menghubungi Blackpink untuk bertanyakan jika mereka berminat untuk berkolaborasi. Mereka gembira dan menunjukkan minat untuk projek tersebut. Saya ingin menyokong wanita berpengaruh seperti Blackpink, dan mereka juga mahukan perkara yang sama.
"Saya teruja ketika mendengar mereka mentafsirkan lagu tersebut dalam bahasa Korea. Saya memberitahu mereka bahawa bahagian mereka sangat kreatif dan menyeronokkan.
"Blackpink adalah wanita muda yang cantik dan sangat berbakat. Melalui kerjasama ini, saya berasa bangga seolah-olah saya menjadi ahli kelima Blackpink," kata penyanyi yang popular dengan lagu Bad Romance itu.

Lady Gaga sebelum ini telah mengumumkan pelancaran album keenamnya berjudul Chromatica, dan lagu Sour Candy bersama BlackPink merupakan salah satu lagu yang terkandung dalam album tersebut.
Rata-rata peminat turut meluahkan rasa teruja dengan gandingan ini dan tidak sabar menantikan buah tangan daripada mereka.
Sumber: Soompi