Skip to main content

Advertisement

Hiburan

''Siapa Kata Orang Pakai Motor Tiada Masa Depan?'', Ramai Puji Lagu Baru Achey, Setengah Juta View Dalam Masa 3 Hari

Pelawak, penyanyi dan pengacara, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir bin Hamzah telah mengeluarkan single pertamanya bertajuk Yang Terindah pada Oktober 2017. Lagu berkenaan didedikasikan khas buat isterinya, Anne.

Selepas dua tahun, Achey sekali lagi kembali dengan single terbarunya berjudul 'Sakit', yang dicipta sendiri olehnya bersama Azis, terbitan Seventeen Eleven Music.

Advertisement

Muzik video rasmi lagu Sakit ini telah dimuatnaik dilaman Youtube pada 20 Disember lalu, dan sehingga kini mendapat lebih 600 ribu tontonan dalam masa 3 hari.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji lagu baru Achey ini dan terkesan dengan muzik video yang dihasilkan.

ERA Muzik Hit Terkini