Kumpulan Kpop sensasi, BTS dijangka akan mengeluarkan album terbaru mereka tahun ini.

Ia menerusi satu update yang dikongsi oleh Big Hit Entertainment dilaman Twitter yang melaporkan bahawa kumpulan berkenaan akan mengeluarkan single baru pada 21 Ogos ini.
new single: august 21st!! pic.twitter.com/lNGyaNKEng
— 「 claire ⁷ 」 (@btstranslation7) July 26, 2020
Advertisement
Single terbaru berentak rancak itu nanti juga adalah secara digital dan menerusi laman penstriman muzik.

Tambah lagi, kumpulan yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook juga mendedahkan berita gembira itu melalui satu siaran secara streaming di V Live.
Selepas single digital itu dikeluarkan, BTS juga dijangka akan menerbitkan album penuh menjelang akhir tahun ini. Yes!
Sumber: Allkpop / Awani