Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kisah Cinta Datuk Dan Nenek Sendiri Dijadikan Lagu Baru Ernie Zakri

Selepas ‘Ku Bersuara’ menjadi salah satu finalis bagi sebuah pertandingan nyanyian di Malaysia, Ernie Zakri kini muncul dengan single terbaru bertajuk ‘Gundah’.

kisah cinta datuk dan nenek sendiri dijadikan lagu baru ernie zakri

Advertisement

Lagu dan lirik ‘Gundah’ merupakan hasil ciptaan Ernie sendiri bersama dengan komposer Sharon Paul.

Lagu ‘Gundah’ yang ditujukan khas buat arwah datuk dan neneknya, Haji Mohamed & Hajjah Rokayah. Ia mengisahkan percintaan dua insan yang bercinta sampai ke hujung nyawa dan menggambarkan penderitaan seorang lelaki (iaitu datuknya) yang menderita disebabkan kematian wanita yang dicintai (neneknya).

Selepas setahun pemergian neneknya, datuknya pula yang meninggal dunia. Bait-bait lirik “Biar rasa ini membunuhku, biar rindu ini menghukumku” adalah lirik yang tepat menggambarkan kesedihan hati lelaki tersebut.

ERA Muzik Hit Terkini