Baru-baru ini, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Sri Siti Nurhaliza telah melancarkan single terbarunya bertajuk 7 Nasihat.

Advertisement
Lagu nyanyian bersama Kmy Kmo & Luca Sickta ini telah berada di beberapa aplikasi dan platform digital, termasuklah dilaman Youtube Siti Nurhaliza sendiri.
Lagu yang penuh dengan puitis dan nasihat ini telah menarik perhatian pendengar khasnya peminat sehinggakan video di Youtube kini mencecah lebih 700 ribu penonton dalam masa lima hari dimuatnaik.



Terdahulu, lagu 7 Nasihat ini telah dicetak rompak dan dimuatnaik ke laman Youtube beberapa hari selepas ia dilancarkan, tanpa mendapat kebenaran pihak syarikat.
