Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lagu ‘Dolla Make You Wanna’ Sebenarnya Dicipta Untuk Kilafairy

lagu ‘dolla make you wanna’ sebenarnya dicipta untuk kilafairyFoto: Instagram

Penyanyi dan pelakon, Kilafairy mendedahkan lagu popular Dolla Make You Wanna yang melonjakkan nama kumpulan Dolla sebenarnya merupakan lagu miliknya.

Advertisement

Perkara itu dikongsikan Kilafairy ketika menjadi tetamu dalam podcast Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Henderson.

Amelia dalam sesi itu memulakan perbualan dengan berkata lagu tersebut, yang kini terkenal menerusi Dolla, pada asalnya dicipta untuk Kilafairy.

Menjelaskan perkara itu, Kilafairy berkata dia menulis sendiri lirik lagu berkenaan bersama rakannya, Zamira, dan lagu itu diinspirasikan daripada dirinya sendiri.

 

@studiosembang haaa siapa sangka kan? tapi mesti ada hikmah disebalik semua yg terjadi, #jomsembang dengan @Kilafairy kat @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts cepat! #studiosembang ♬ original sound - Studio Sembang

 

“Lagu itu tentang saya. Orang tahu nama saya, tapi kadang-kadang tak tahu muka saya. Ada juga yang kenal muka tapi tak tahu nama. Jadi, lagu itu memang berkisarkan tentang diri saya,” katanya.

Kilafairy turut berkongsi beberapa lirik asal lagu tersebut yang menggambarkan identitinya sebagai artis.

Kan dah dengar khabar oh oh oh, semua kenal nama tapi tak tahu. 

Jangan salah sangka, ini bukan dalam filem.

Looking like a fairy but they call me Kila.

“Itu memang lirik yang saya tulis,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sudah menyiapkan rakaman lagu tersebut dan merancang untuk menghasilkan video muzik, namun membatalkan hasrat itu selepas mula berhijab.

“Kami dah siap rakam dan nak buat video klip, tapi bila saya mula berhijab, saya rasa ia tak sesuai,” katanya.

Sumber: TikTok

ERA Muzik Hit Terkini