Siulan lagu oleh pelakon, Elly Mazlein menerusi lagu empat dara, nyata telah mencipta satu fenomena luar biasa.
Mana tidaknya, cabaran #4Darachallenge mendapat sambutan ramai, termasuk penyanyi, Faizal Tahir.
Advertisement

Faizal tampil dengan kelainan apabila mengambil langkah berani berduet bersama-sama Elly Mazlein dan juga Zizi Kirana, menerusi lagu 4 Dara 2020.
Menerusi muzik video rasmi Empat Dara 2020 yang dimuatnaik sejak 10 November lalu, ia telah mendapat lebih satu juta tontonan dengan kini menjadi trending #1 di YouTube!
Lagu yang mendapat sentuhan Faizal, bersama-sama Adib Sin dan Mike Chan ini nyata membuatkan ramai terhibur dengan susunan dan muzik videonya yang bersahaja.

Dalam perkembangan lain, ERA juga sedang mengadakan cabaran #EmpatDaraERA, dimana anda perlu berduet bersama Faizal Tahir dalam video yang dimuatnaik menerusi laman TikTok. Pemenang akan menerima hadiah ekslusif dari ERA dan Universal Music!
Sumber: YouTube Faizal Tahir