Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Trending #1, Gabungan Alif Satar Dan Raihan Raih Hampir 2 Juta Views!

Baru-baru ini, Alif Satar dan kumpulan nasyid Raihan telah berduet bagi menyanyikan semula lagu Sesungguhnya.

trending #1, gabungan alif satar dan raihan raih hampir 2 juta views!

Advertisement

Semua orang pasti tahu lagu Sesungguhnya  kerana lagu ini sangat popular pada tahun 2007. Pada asalnya ia dinyanyikan kumpulan Raihan dan kini mereka berduet bersama penyanyi Alif Satar untuk edisi remake.

Lagu penuh puitis ini telah ditulis dan digubah oleh Nazrie Johanie. Percayalah, jika anda menghayati lirik lagu ini dan mendengar gabungan suara padu dari Alif Satar dan Raihan, pasti boleh membuatkan air mata anda mengalir.

Video muzik lagu Sesungguhnya 2019 telah dimuat naik pada laman akaun Youtube Alif Satar dan telah mendapat tontonan hampir 2 juta views sejak dimuatnaik pada 9 Mei lalu. Video berkenaan juga kini trending #1 di Youtube Malaysia.

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini