Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lee Kwang Soo Sebak Terima Hadiah Daripada Ibu Selepas Penggambaran Terakhir ‘Running Man’

Pelakon dan pelawak Lee Kwang Soo selesai menjalani penggambaran terakhir bersama program Running Man pada Isnin.

lee kwang soo sebak terima hadiah daripada ibu selepas penggambaran terakhir ‘running man’

Anggota Running Man itu sebak apabila menerima hadiah daripada ibunya atas hasil usaha yang ditunjukkan selama ini di dalam program fenomena dunia itu.

Advertisement

Ibunya memberikan sebuah hadiahbuat Kwang Soo iaitu sebuah belon besar dengan ucapan ikhlas khas untuk anak kesayangannya.

lee kwang soo sebak terima hadiah daripada ibu selepas penggambaran terakhir ‘running man’

“Kerja yang bagus, anak! Terima kasih kerana bersama kami untuk 11 tahun,” tulis ucapan ibunya.

Terdahulu, Lee Kwang Soo membintangi Running Man sejak 11 tahun lalu ketika siaran awal program tersebut pada tahun 2010.

Sumber: Soompi

ERA Muzik Hit Terkini