Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lee Young Ae Tidak Takut Diboikot Dengan Menderma RM200 Ribu Pada Rakyat Palestin

Pelakon popular kelahiran Korea selatan, Lee Young-ae menunjukkan tanda solidaritu beliau terhadap rakyat Palestin dengan menderm akan RM200 ribu kepada mangsa yang terlibat di bumi Palestin.

lee young ae tidak takut diboikot dengan menderma rm200 ribu pada rakyat palestin

Dana tersebut telah disumbangkan menerusi pasukan Palang Merah Korea Selatan dengan kerjasama Palang Merah Antarabangsa. Sumbangan yang disumbangkan akan digunakan bagi tujuan perubatan kanak-kanak yang tercedera di Gaza.

Advertisement

Tindakan murni ini membuktikan dirinya langsung tidak takut diboikot atau kerjayanya terjejas kerana sedih melihat peperangan yang mengorbankan banyak nyawa terutama kanak-kanak. 

“Hati saya remuk melihat peperangan yang telah mengorbankan banyak nyawa terutama kanak-kanak. Saya harap dana tersebut sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak yang kehilangan keluarga dalam peperangan” ulas Young-ae.

Semoga tindakan Lee Young Ae ini dapat membuka mata ramai selebriti yang lain.

Sumber Awani

ERA Muzik Hit Terkini